? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

SELAMAT DATANG KE BLOG BADAN DISIPLIN SM. ST. JOHN TUARAN

PERUBAHAN YANG NYATA BERBEZA

Pastikan rambut anda sentiasa dalam keadaan yang mematuhi peraturan sekolah.

PAPAN KENYATAAN BADAN DISIPLIN

Wednesday, April 28, 2010

disiplin waktu

Sunday, April 25, 2010

SURAT

SURAT

Tangani Disiplin Di Sekolah

Tangani Disiplin Di Sekolah

SURAT PEKELILING IKHTISAS - Penguatkuasaan Larangan Membawa & Menggunakan Tel Bimbit Oleh Murid di Sekolah

SURAT PEKELILING IKHTISAS - Penguatkuasaan Larangan Membawa & Menggunakan Tel Bimbit Oleh Murid di Sekolah

Proses PnP : Matematik 4 UKM








Masalah Disiplin pelajar seperti masalah ponteng kelas boleh dielakkan jika guru dan pelajar memberi kerjasama antara satu sama lain. Tetapi guru mesti memainkan peranan yang penting dalam menarik minat pelajar untuk mereka merasa seronok berada di dalam kelas. Antaranya melakukan aktiviti kumpulan, mentor-mentee,ICT, games dan yang paling penting menunjukkan sikap kasih dan sayang kita pada pelajar.
Puan Nor Azwati Mat Nawi
Guru Matematik 4 UKM




Monday, April 19, 2010

Mesyuarat HEM

19.04.2010 jam 1.10 - 2.10

Mesyarat HEM Kali Pertama- Pembentangan Suku Tahun Unit-unit di bawah HEm termasuk Unit Disiplin
- Pembentang adalah PK HEM Puan Florence Cyril

Ulasan Pengetua mengenai Disiplin
- Tindakan drastik terhadap kes ponteng sekolah atau ketidakhadiran tanpa sebab.
Disiplin akan mendenda pelajar yang tidak mengembalikan keratan maklumbalas bagi
surat peringatan atau surat amaran
- Pengawas tidak perlu bertugas dibahagian pintu masuk kerana itu adalah tugas
security.
- Khidmat gunting rambut disekolah : offer kepada pelajar jika pelajar minta potong
bayaran RM3 tetapi pelajar yg ditangkap/didenda dikenakan RM5. Pemotongan
dilakukan selepas P&P terakhir

Saturday, April 10, 2010

Aktiviti Pengawas Sempena Bulan Alam Sekitar





Tuesday, March 9, 2010

Perasmian Bulan Disiplin Dan Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas Disiplin 2/3/2010


Wednesday, March 3, 2010

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS DISIPLIN : 27/2/2010








Jutaan Terima Kasih kepada pihak PTPL
En. Hisyamuddin (Pengetua PTPL)
En. Yus dan Puan Hajar
Segala perkongsian ilmu yang amat berguna...
Tidak lupa kepada semua penaja-penaja kami...
serta semua guru-guru disiplin...
dan pengawas-pengawas disiplin.

Saturday, February 20, 2010

AKTIVITI PENGAWAS SEMASA PESTA ANGPAU







Aktiviti jualan sempena Pesta Angpau yg diadakan disekolah pada 20 Feb 2010. Terima kasih kepada semua pengawas yang terlibat.

Monday, February 1, 2010

Perjumpaan Pengawas 1 Feb 2010



Agenda: Pengagihan tugas semasa sukan sekolah, Pengagihan buku catatan pengawas, teguran dan nasihat dari Guru kanan Disiplin agar lebih serius dalam menjalankan tugas dan sentiasa menepati masa serta tanggungjawab.

Antara Barang Larangan



Handphone, Broadband

Friday, January 29, 2010

VISI

DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN

Guru Kanan Disiplin


Perjuangan harus diteruskan bersama cabaran dan rintangan.Namun hati tetap ikhlas dalam apa jua pekerjaan.Satu matlamat dalam melihat anak anak pelajar meraih kejayaan bersandarkan disiplin yang mejadi amalan.

Definisi Disiplin

P.F Olivia (1956) berpendapat, disiplin ialah kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada autoriti, dan cara menetapkan peraturan atau hukuman. ( Abdullah Sani, 2005 : 45) Mok Soon Sang (1995) pula menyatakan pada peringkat sekolah, disiplin adalah peraturan-pertauran yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran. (Mohd Ismail, 2006 : 71)

Diskusi

Mohd Faizal Mohd Salleh
Pengerusi Biro Anti Dadah & Gejala Sosial
GPMS Kebangsaan

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) memandang serius isu disiplin di kalangan pelajar-pelajar sekolah pada hari ini. Isu ini telah dibangkitkan berulang-ulang kali oleh pelbagai pihak namun ianya masih tidak dapat diselesaikan.
GPMS melahirkan kebimbangan dalam isu disiplin kerana ia menyebabkan fokus para pelajar kepada pelajaran mereka akan terganggu.
Masalah disiplin dikalangan pelajar ini perlu dilihat dalam skop yang lebih besar jika ianya ingin diselesaikan. Beberapa elemen penting yang menjadi para pelajar tidak berdisiplin perlulah dikaji. Latarbelakang keluarga, suasana sekolah dan keadaan persekitaran mempengaruhi tindakan para pelajar untuk melanggar peraturan yang ditetapkan. GPMS berpendapat peranan semua pihak diperlukan dalam memastikan permasalahan ini dapat dibendung.

Oleh yang demikian GPMS mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi membendung masalah disiplin para pelajar dari terus berleluasa:
•Perjumpaan berkala di antara ibu bapa dengan pihak sekolah bagi memastikan hubungan kedua-duanya sentiasa terjalin bagi membincangkan prestasi dan disiplin anak-anak mereka di sekolah.
•Pertemuan para pelajar dengan pihak berkuasa seperti polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (ADK) perlu diadakan dengan lebih kerap bagi mendapat penjelasan tentang masalah jenayah setempat yang sedang dihadapi dan kesannya kepada diri pelajar.
•Mewujudkan kumpulan pemantau diantara guru, ibu bapa, pihak polis dan pelajar bagi memastikan para pelajar sentiasa dikawal.
•Menjalankan kursus-kursus yang boleh memberi pendedahan kepada para pelajar tentang potensi yang ada pada diri masing-masing supaya mereka menumpukan sepenuh perhatian untuk berjaya dalam pelajaran.
Dengan cadangan langkah-langkah tersebut diharapkan masalah disiplin di kalangan para pelajar sekolah akan dapat diatasi.

Masalah Ponteng

Sessi sekolah bagi tahun ini baru sahaja bermula 3 minggu tetapi sudah ada beberapa kes masalah disiplin pelajar. Difahamkan seramai lebih 3,500 orang pelajar telah dibuang sekolah pada tahun lepas dan lebih 7,500 orang pelajar lagi telah digantung persekolahan mereka di seluruh negara. Sebahagian besar daripada yang dibuang sekolah ini adalah mereka yang terlibat dengan kesalahan ponteng sekolah.

Sesungguhnya tabiat seseorang itu mempengaruhi tindakan serta prestasi diri sepanjang tahun. Sebagai seorang murid anda harus membentuk tabiat positif di awal tahun lagi agar segala tindakan anda mampu memberi kesan yang positif ke arah peningkatan prestasi dalam pembelajaran.


Hidup Ibarat Lilin...
Menyinar Hanya sementara,
Membakar Pedih Tidak Bersuara,
Demi menyinari suasana gelita.
~tcr wawa~

Kerja Amal Guru Disiplin


kepada anak-anak pelajar yang dikasihi...amalkanlah gaya hidup berdisiplin demi kecemerlangan mu di hari muka..

AKTIVITI TAHUN 2010

15 Jan 2010 : Mesyuarat pertama pengawas disiplin sesi pagi.Lantikan AJK tertinggi sementara dan pengagihan tugas2

25 Jan 2010 : siaran disiplin tentang tatacara pengendalian kes ponteng dan penyerahan buku catitan ponteng untuk semua guru kelas yang telah dikendalikan oleh Cik Suhaida Awg Ladin.

26 Jan 2010 : Spot-check mengejut dilakukan selepas perhimpunan.Antara yg dirampas adalah 4 handphone, sebatang rokok, kosmetik, topi dll.

1 Feb 2010 : Mesyuarat disiplin kali kedua sesi 2010

1 Feb : Pejumpaan Pengawas Disiplin - pengagihan tugas untuk acara sukan sekolah yg akan diadakan pada 5 Feb 2010 di Pdg selupuh

5 Feb 2010 : pengawas akan bertugas diacara sukan sekolah yang akan diadakan di Padang selupuh tuaran

27 Feb 2010: Kem Pengawas Fasa 1 akan diadakan disekolah 8.00 - 5.00 yang akan dikendalikan oleh PTPL

Mac : merupakan bulan disiplin bagi setiap tahun. Pebagai aktivti akan diadakan sepanjang bulan ini termasuk Majlis penganugerahan Sijil lantikan Pengawas Disiplin.

Mei : Sambutan hari Guru Peringkat Sekolah

CARTA ORGANISASI

PENGETUA : PUAN NGIAM ENG HONG PK HEM : PUAN FLORENCE CYRIL PK PETANG : ENCIK LUIS OSEH GURU KANAN DISIPLIN : PUAN NOR AZWATI MAT NAWI KETUA GURU DISIPLIN PETANG : PUAN RACHEL ANTHONY SETIAUSAHA DISIPLIN : CIK SUHAIDA AWG LADIN GURU DISIPLIN PAGI : PUAN HALINEY RAMPUN, PUAN AHZATUL SAMAZIAH,CIK SUZIANI RAZAK GURU DISIPLIN PETANG : PUAN SAMSIA, ENCIK BRUNO, ENCIK STANLEY