Mohd Faizal Mohd Salleh
Pengerusi Biro Anti Dadah & Gejala Sosial
GPMS Kebangsaan
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) memandang serius isu disiplin di kalangan pelajar-pelajar sekolah pada hari ini. Isu ini telah dibangkitkan berulang-ulang kali oleh pelbagai pihak namun ianya masih tidak dapat diselesaikan.
GPMS melahirkan kebimbangan dalam isu disiplin kerana ia menyebabkan fokus para pelajar kepada pelajaran mereka akan terganggu.
Masalah disiplin dikalangan pelajar ini perlu dilihat dalam skop yang lebih besar jika ianya ingin diselesaikan. Beberapa elemen penting yang menjadi para pelajar tidak berdisiplin perlulah dikaji. Latarbelakang keluarga, suasana sekolah dan keadaan persekitaran mempengaruhi tindakan para pelajar untuk melanggar peraturan yang ditetapkan. GPMS berpendapat peranan semua pihak diperlukan dalam memastikan permasalahan ini dapat dibendung.
Oleh yang demikian GPMS mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi membendung masalah disiplin para pelajar dari terus berleluasa:
•Perjumpaan berkala di antara ibu bapa dengan pihak sekolah bagi memastikan hubungan kedua-duanya sentiasa terjalin bagi membincangkan prestasi dan disiplin anak-anak mereka di sekolah.
•Pertemuan para pelajar dengan pihak berkuasa seperti polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (ADK) perlu diadakan dengan lebih kerap bagi mendapat penjelasan tentang masalah jenayah setempat yang sedang dihadapi dan kesannya kepada diri pelajar.
•Mewujudkan kumpulan pemantau diantara guru, ibu bapa, pihak polis dan pelajar bagi memastikan para pelajar sentiasa dikawal.
•Menjalankan kursus-kursus yang boleh memberi pendedahan kepada para pelajar tentang potensi yang ada pada diri masing-masing supaya mereka menumpukan sepenuh perhatian untuk berjaya dalam pelajaran.
Dengan cadangan langkah-langkah tersebut diharapkan masalah disiplin di kalangan para pelajar sekolah akan dapat diatasi.
PERUBAHAN YANG NYATA BERBEZA
PAPAN KENYATAAN BADAN DISIPLIN
Friday, January 29, 2010
Diskusi
Posted by SMK St John Tuaran at 9:07 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment